Mikoyan MiG-29K
Mikoyan MiG-29K

Mikoyan MiG-29K

Mikoyan MiG-29K (Bahasa Rusia: Микоян МиГ-29K; nama pengenalan NATO: Fulcrum-D[2][pengesahan diperlukan]) adalah sebuah pesawat tempur MRCA buatan Rusia yang dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Ia direka dan dikeluarkan oleh firma Mikoyan Design Bureau. MiG-29K telah dibangunkan pada akhir tahun 1980an berdasarkan MiG-29M. Mikoyan memperincikan ia sebagai sebuah pesawat tempur generasi 4+.[7][8]Standard produksi pesawat MiG-29K berbeza dengan versi prototaip di mana ia mempunyai radar multi-fungsi dan beberapa paparan kokpit baharu; penggunaan kawalan HOTAS (hands-on-throttle-and-stick);[9] integrasi peluru berpandu udara ke udara RVV-AE (juga dikenali sebagai R-77), bersama-sama dengan peluru berpandu anti kapal dan operasi anti radar; serta beberapa persenjataan panduan tepat.MiG-29K tidak dipesan dan hanya dua buah prototaip yang telah dibina oleh kerana Tentera Laut Rusia lebih memilih Su-27K (kemudian didesignasi semula sebagai Su-33) pada awal tahun 1990an. Mikoyan tidak menghentikan kerja-kerja mereka pada ke atas MiG-29K meskipun kekurangan dana sejak tahun 1992. Program ini mendapat lonjakan pada akhir tahun 1990an untuk memenuhi keperluan India bagi pesawat yang berpangkalan di atas kapal pengangkut berikutan pembelian ke atas kapal pengangkut bekas Soviet, dan MiG-29K pertama kali diterima oleh Cabang Udara Tentera Laut India pada tahun 2009. Tentera Laut Rusia, bersama pesawat Su-33 yang hampir mencapai tempoh tamat perkhidmatan menjelang tahun 2010, juga telah memesan MiG-29K sebagai penganti.

Mikoyan MiG-29K

Status Dalam perkhidmatan
Pengenalan 19 Februari 2010[1]
Dibangunkan kepada Mikoyan MiG-35[5][6]
Kos seunit
Penerbangan sulung 23 Julai 1988
Pengguna utamas Tentera Laut India
Tentera Laut Rusia
Dibangunkan daripada Mikoyan MiG-29M[4]
Peranan Pesawat pejuang pelbagai peranan berpangkalan di atas kapal pengangkut
Jumlah dibina 90[3][pengesahan diperlukan]
National origin Soviet Union / Rusia
Dikeluarkan 2005–kini[N 1][2][pengesahan diperlukan]
Pengeluar Mikoyan

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Mikoyan MiG-29K http://www.airforcesmonthly.com/view_article.asp?I... http://www.airforcesmonthly.com/view_news.asp?ID=1... http://www.barentsobserver.com/new-fighter-jets-fo... http://www.bharat-rakshak.com/NAVY/weapons/current... http://www.cnn.com/2016/11/14/middleeast/russian-f... http://www.deagel.com/Strike-and-Fighter-Aircraft/... http://www.defense-update.com/features/du-1-07/aes... http://defensenews.com/story.php?i=6948145&c=ASI&s... http://www.defensenews.com/naval/2016/08/10/report... http://www.flightglobal.com/news/articles/mig-29k-...